Juara dirangkul oleh SMK Bukit Baru, Melaka.
Juara dirangkul oleh SMK Bukit Baru, Melaka.

Menyemai pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 Feb 2023 05:54pm

Pengambilan makanan seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat serta memastikan kesihatan yang baik.

Malah pemakanan teratur ini juga sememangnya mempengaruhi penurunan berat badan lebih-lebih lagi melihat kepada gejala obesiti yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar sekolah.

Melihat kepada kepentingan perkara ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps.

Program berbentuk pertandingan memasak ini menyaksikan 100,000 pelajar dan 10,000 guru sekolah menengah dari 100 buah sekolah sekitar Semenanjung Malaysia berentap bagi merangkul gelaran juara.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainudin Mohamad, objektif utama penganjuran program berkenaan untuk menyemai amalan pemakanan sihat dalam kalangan warga sekolah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Tambahnya, program sedemikian adalah satu usaha baik bagi menerapkan tabiat pemakanan sihat seawal sekolah menengah.

“Tubuh badan yang sihat bermula dengan pinggan yang sihat.

“Penganjuran program ini membuka peluang kepada pelajar untuk menyediakan makanan mereka sendiri selain memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia, di Aloft Hotel, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dengan bertemakan Amalan Pemakanan Sihat, setiap sekolah yang terdiri daripada dua pelajar bersama seorang guru pengiring dikehendaki mencipta resepi hidangan berkhasiat dengan menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps.

Mereka juga perlu merekodkan proses penyediaan dalam bentuk video yang menarik dan dihantar bersama laporan untuk proses penilaian.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Lavinia Anthony memberitahu, penganjuran program tersebut adalah untuk menggilap kreativiti pelajar di samping turut meningkatkan kemahiran hidup seperti memasak dan kerjasama dalam pasukan.

Juara dirangkul oleh SMK Bukit Baru, Melaka.
Juara dirangkul oleh SMK Bukit Baru, Melaka.

Dalam pada itu juga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Melaka, telah meraih tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Tempat kedua dimenangi SMK Paka, Terengganu.
Tempat kedua dimenangi SMK Paka, Terengganu.



Tempat ketiga dimenangi oleh SMK Syed Sijaruddin, Perlis.
Tempat ketiga dimenangi oleh SMK Syed Sijaruddin, Perlis.

Manakala, tempat kedua dimenangi SMK Paka, Terengganu, dengan hadiah wang tunai RM2,000 diikuti SMK Syed Sijaruddin, Perlis, di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Lavinia turut menambah, pihaknya sentiasa berhasrat untuk menyemai nilai murni sebagai usaha membentuk individu yang berperibadi tinggi demi generasi yang lebih sihat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp