MRSM Kota Kinabalu, Sabah, kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.
MRSM Kota Kinabalu, Sabah, kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

MRSM Kota Kinabalu kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
05 May 2023 04:49pm
A
A
A

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah, kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman sebagai menghargai jasa bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Ketua Menteri Sabah, Musa telah banyak berjasa untuk negeri itu, malah Musa merupakan antara individu penting dalam usaha mewujudkan MRSM Kota Kinabalu kira-kira 21 tahun lalu.

Beliau yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menasihati generasi hari ini supaya sentiasa mengenang dan menghormati usaha generasi terdahulu memberikan kesenangan yang dikecapi kini.

Zahid (tiga dari kanan) menasihati generasi hari ini supaya sentiasa mengenang dan menghormati usaha generasi terdahulu.
Zahid (tiga dari kanan) menasihati generasi hari ini supaya sentiasa mengenang dan menghormati usaha generasi terdahulu.

"Walaupun beliau (Musa) bukan lagi Ketua Menteri Sabah, saya sebagai sahabat harus mengiktiraf beliau sebagai bekas Ketua Menteri Sabah, maka dengan ini saya ingin umumkan MRSM Kota Kinabalu ini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman.

"Tiada yang lama maka tiada yang baharu, tiada generasi sekarang jika tiada yang lama. Tiada pemimpin yang sekarang jika tiada pemimpin lama, yang lama kita hormati yang baharu kita sayangi. Itu sikap terbaik yang harus ada pada kita,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Musa, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, merupakan Ketua Menteri Sabah ke-14 yang berkhidmat antara 27 Mac 2003 hingga 11 Mei 2018.

Artikel Berkaitan:

MRSM Kota Kinabalu, Sabah, kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.
MRSM Kota Kinabalu, Sabah, kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

Sementara itu, dalam sidang media, Ahmad Zahid berkata, pelbagai langkah telah dirancang bagi memenuhi permintaan kemasukan ke MRSM yang mendapat permintaan tinggi malah baru-baru ini 90,000 permohonan kemasukan diterima berbanding pengambilan berjumlah 9,200 orang.

Beliau berkata, antara langkah berkenaan ialah penubuhan tiga lagi MRSM yang telah mendapat kelulusan tetapi terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana kekangan tertentu, dan perkara itu akan dilihat semula dalam belanjawan negara tahun depan.

"Kita akan mohon supaya tiga MRSM itu dapat dibina menjadikan keseluruhan kita ada 58 MRSM (55 MRSM seluruh negara masa ini) dan tentunya ia dapat menjawab permintaan yang melebihi daripada penawaran kita ada,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok