Sebahagian peserta yang mengikuti PUTRACNAP, baru-baru ini
Sebahagian peserta yang mengikuti PUTRACNAP, baru-baru ini

PUTRACNAP didik kesihatan pemakanan kepada komuniti

MASALAH obesiti, bantut dan anemia antara penyakit yang sering dialami masyarakat setempat. Puncanya disebabkan pelbagai faktor

01 Feb 2023 01:32am
A
A
A

MASALAH obesiti, bantut dan anemia antara penyakit yang sering dialami masyarakat setempat.

Puncanya disebabkan pelbagai faktor dan salah satunya berkaitan pemakanan dan kesihatan individu itu sendiri.

Dalam usaha menangani masalah ini, Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), menganjurkan Program Duta PUTRA Pemakanan Komuniti atau PUTRA Community Nutrition Ambassador Programme (PUTRACNAP) di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bertujuan mencegah masalah-masalah tersebut menerusi perkongsian topik pemakanan dan kesihatan dalam kalangan komuniti yang tinggal di kawasan berkenaan, PUTRACNAP merupakan program berorientasikan kajian yang menggunakan konsep ‘Dari Kebun ke Meja Makan’.

Konsep itu mengetengahkan pasangan ibu dan anak di kawasan Perumahan Awam Seri Perlis 2 yang dinilai tahap pemakanan dan kesihatan mereka sebelum diberi pendedahan ilmu dan praktikal tentang gaya hidup sihat selama tiga bulan.

Sepanjang program berlangsung perkongsian ilmu dan juga demonstrasi masakan sihat kepada peserta bagi mengelakkan masalah obesiti, bantut dan lain-lain lagi turut diadakan.

INFO

Definisi obesiti

Artikel Berkaitan:

  • Obesiti (kegemukan) bermaksud pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang.
  • Ia dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
  • Boleh menganggu atau mencederakan organ-organ badan dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
  • Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, pengidap terdedah kepada pelbagai penyakit lain.
  • Manakala Stunted Growth atau pertumbuhan terbantut ditafsirkan sebagai reduced growth rate iaitu kekurangan kadar pertumbuhan bagi seseorang individu.
  • Bantut mengikut World Health Organization (WHO) pula bermaksud kadar ketinggian berbanding umur seseorang kanak-kanak itu adalah di bawah 2SD (standard deviation) WHO Child Growth Standards Median.
  • Punca utama bantut disebabkan tiga perkara iaitu kekurangan nutrisi seawal usia bayi/kanak-kanak; jangkitan penyakit/sakit teruk yang berulang seawal usia dan kekurangan nutrisi ketika masih dalam kandungan lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok