Kredit foto: Pexels
Kredit foto: Pexels

Kepentingan tidur yang cukup untuk pelajar

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
03 Feb 2023 03:21pm

Waktu tidur amat penting untuk pelajar kerana ia merupakan waktu untuk otak berehat setelah seharian melakukan aktiviti dan bekerja.

Sehubungan itu, adalah penting untuk pelajar tidak terlalu kerap mengabaikan masa tidur pada waktu malam kerana menyiapkan tugasan kuliah atau keluar berseronok bersama rakan-rakan.

Ada kenyataan menyatakan bahawa tempoh waktu ideal untuk orang dewasa mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sekurang-kurangnya 7 jam.

Menurut Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka, Dr Firdaus Rahim dalam perkongsiannya di portal Hello Doktor, antara manfaat yang boleh diperolehi melalui waktu tidur yang cukup adalah membantu meningkatkan fokus seseorang itu.

“Waktu tidur yang cukup dapat membantu menguatkan lagi memori serta meningkatkan daya ingatan seseorang itu.

“Kajian mendedahkan ketika manusia tidur, memori dan perkara yang dipelajari akan digerakkan ke kawasan otak yang lebih efisien dan bertahan untuk satu tempoh masa yang lama.” ujarnya

Tambah beliau, kebaikan diperolehi melalui tidur yang cukup juga dapat membantu pertumbuhan dan pemulihan tisu badan.

Jelasnya, ketika tidur, otak manusia akan menghasilkan hormon yang menggalakkan proses pertumbuhan dan pemulihan semula sel-sel di dalam badan.

Artikel Berkaitan:

“Jantung, organ utama yang membantu mengalirkan darah dalam sistem tubuh badan manusia juga akan mendapat kesan yang positif melalui waktu tidur yang disarankan.

Kekurangan tidur mengakibatkan kesukaran untuk fokus! Kredit foto: Pexels
Kekurangan tidur mengakibatkan kesukaran untuk fokus! Kredit foto: Pexels



“Antara kesan-kesan buruk jika seseorang itu tidak mendapatkan tidur dan rehat yang cukup adalah kesusahan untuk fokus.

“Orang yang kurang tidur terutamanya pelajar akan menyebabkan mereka susah memberikan tumpuan dan menjalani pembelajaran dengan baik,” kongsinya lagi.

Sekiranya pelajar tidak mendapat tidur yang secukupnya, mereka akan cepat marah kerana fikiran mereka letih sekali gus tidak dapat berfikir dengan baik.

Lebih membahayakan sekiranya pelajar yang pergi ke kelas membawa kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta juga berisiko terlibat dalam kemalangan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp