Kredit foto; Pexels
Kredit foto; Pexels

Fakta ringkas 5 bencana alam terburuk dalam sejarah dunia

10 Jul 2023 07:31pm
A
A
A

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian bencana alam yang dahsyat berlaku di Turkiye dan Syria.

Malah, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang mengegarkan kawasan tengah Turkiye serta barat laut Syria itu telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk di sana.

Susulan kejadian bencana alam tersebut, Sinar Bestari ingin kongsikan kepada pembaca lima bencana alam terburuk dalam sejarah dunia.

Jom baca!.

1) Bencana banjir Sungai Yangtze, China

Banjir besar ini berlaku di sepanjang Sungai Yangtze yang merangkumi kawasan tengah serta timur negara China. Banjir itu menyaksikan kerosakan harta benda yang sangat teruk sehingga menjejaskan kehidupan lebih 50 juta penduduk negara terbabit. Lebih menyedihkan, 3.7 juta nyawa terkorban akibat malapetaka ini. Air yang melimpah daripada sungai itu juga mengakibatkan beberapa buah bandar berhampiran seperti Nanjing dan Wuhan tenggelam.

2) Gempa Bumi Haiti

Artikel Berkaitan:

Gempa bumi ini melanda Haiti dengan pusat gempanya adalah di pusat bandar, Port-au-Prince. Akibat daripada gegaran yang dahsyat itu, kira-kira 300,000 nyawa terkorban membuatkan gempa bumi ini adalah salah satu kejadian bencana terburuk pernah berlaku dalam sejarah dunia.

3) Taufan Nina dan kegagalan empangan Banqiao, China

Bencana ini berlaku akibat Taufan Nina yang melanda wilayah barat Henan. Taufan ini telah menyebabkan kegagalan empangan lalu air melimpah dengan banyak mengakibatkan banjir besar. Sekurang-kurangnya 26,000 orang maut dan dianggarkan 145,000 orang mati akibat wabak yang disebabkan pencemaran air serta kebuluran.

4) Gempa bumi di Azad Kashmir. Pakistan

Ini antara bencana terburuk yang pernah berlaku di Asia Selatan. Pada 8 Oktober 2005, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud telah melanda Azad Kashmir. Selepas gegaran yang pertama, terdapat tiga lagi gegaran susulan. Ini menjadikan proses untuk mencari dan menyelamat sukar dilakukan kerana jatuhan batu yang tidak berhenti di kawasan bukit, tanah runtuh dan pelbagai lagi. Lebih kurang 79,000 nyawa dilaporkan terkorban

5) Taufan Galveston, Amerika Syarikat.

Berlaku pada 8 September 1900 di bandar Galveston, Texas. Taufan ini telah mengorbankan kira-kira 8,000 manusia serta memusnahkan lebih 10,000 tempat tinggal. Atas kekangan kemajuan teknologi, sukar untuk penduduk ketika itu melihat kedatangan taufan berkenaan. Bencana ribut ini menjadi antara bencana yang paling banyak mengorbankan nyawa serta bencana paling teruk yang berlaku di Amerika Syarikat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok