Pastikan slaid pembentangan mempunyai pelbagai maklumat supaya difahami dengan jelas oleh pihak tertentu.
Pastikan slaid pembentangan mempunyai pelbagai maklumat supaya difahami dengan jelas oleh pihak tertentu.

Lima slaid pembentangan paling efektif

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Jan 2024 12:55pm
A
A
A

Menyediakan slaid pembentangan bukanlah mudah jika individu itu baru pertama kali menghasilkannya.

Ia kerana, pelbagai maklumat diperlukan dalam slaid pembentangan supaya info itu difahami dengan jelas oleh pihak tertentu.

Sebagai membantu pengikut portal Sinar Bestari yang berhasrat menghasilkan slaid pembentangan bersesuaian, Cikgu Muhammad Sabiq Mohd Noor tampil berkongsi cara membuat slaid bagi memudahkan urusan guru, pelajar dan orang ramai terutamanya yang menyertai pertandingan.

Ikuti lima tip hasil idea Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Damai Pasir Gudang, Johor Bahru ini.

1) Pastikan keperluan pembentangan

Kebiasaannya pihak penganjur akan menyediakan garis panduan tentang perkara-perkara yang diperlukan dalam pembentangan melalui halaman rasmi program. Tetapi jika tiada, anda boleh meletakkan maklumat seperti pengenalan, fokus kajian, objektif kajian, kumpulan sasaran, tindakan intervensi, analisis data dan cadangan kajian lanjutan dalam slaid pembentangan.

2) Tentukan penggunaan aplikasi pembentangan.

Terdapat pelbagai bentuk atau aplikasi untuk melaksanakan pembentangan. Slaid pembentangan boleh dibuat secara dalam talian atau bersemuka menggunakan aplikasi sedia ada.

Artikel Berkaitan:

3) Kata kunci bersesuaian

Gunakan kata kunci bagi setiap maklumat yang dipersembahkan. Kata kunci adalah perkataan yang menjadi perkara utama atau tunjang dalam pelaporan yang disediakan. Ia membolehkan kita menghurai dengan lebih terbuka dan tidak terikat pada maklumat tertentu semata-mata.

4) Gunakan infografik

Infografik merupakan grafik bermaklumat yang digunakan dalam pembentangan pada masa kini. Penggunaannya menjadikan slaid lebih menarik, ringkas dan padat. Paling penting, tentukan kedudukan dan reka bentuk serta memaparkan kata kunci yang telah dikhususkan. Boleh rujuk di YouTube untuk panduan.

5) Minimumkan slaid pembentangan

Sebaiknya minimumkan jumlah slaid yang digunakan dalam pembentangan, ia bertujuan mengurangkan bilangan slaid dan masa ketika membentangkan tugasan anda.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok