Mural Albert Einstein. Kredit foto: Pexels
Mural Albert Einstein. Kredit foto: Pexels

Trivia ringkas si genius Albert Einstein

15 Apr 2023 07:32pm
A
A
A

Dalam sejarah peradaban manusia terdapat begitu banyak golongan cerdik pandai atau dikenali sebagai ‘genius’.

Boleh dikatakan setiap abad ada sahaja tokoh dalam pelbagai bidang yang berjaya memahat nama mereka dalam sejarah dunia.

Namun, terdapat seorang genius yang nama dan jasanya sangat besar dalam peradaban serta kehidupan manusia moden.

Tokoh berkenaan ialah Albert Einstein. Beliau merupakan seorang genius yang berjaya membuktikan serta menemukan pelbagai teori sepanjang hayatnya.

Teori yang membuatkan dirinya dikenali dan berjasa besar kepada dunia sains adalah teori kerelatifan (Theory of Relativity).

Dengan menemukan teori tersebut, Einstein telah merevolusikan pemahaman manusia terhadap angkasa lepas, masa, graviti dan juga alam semesta.

Kali ini, Sinar Bestari ingin kongsikan kepada pembaca trivia ringkas tokoh genius bernama Albert Einstein ini.

Mari baca!

Artikel Berkaitan:

Kredit foto: Pexels
Kredit foto: Pexels



Fakta Menarik Albert Einstein.

Beliau dilahirkan 14 Mac 1879 (meninggal pada 18 April 1955) dan bekerja sebagai saintis dan pakar dalam bidang fizik.

Dilahirkan di Jerman dan pernah menetap di negara-negara lain seperti Itali dan Switzerland sebelum akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat pada 1933.

Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Albert Einstein tidak lagi menjejakkan kaki ke tanah kelahirannya disebabkan Perang Dunia ke-2.

Albert Einstein menemukan minatnya dalam bidang fizik apabila dihadiahkan oleh ayahnya sebuah kompas.

Beliau merasa kagum dengan cara bagaimana kompas menggunakan magnet untuk berfungsi serta menggunakan konsep yang sama ketika menemukan teori yang membuatkan namanya sehingga kini diingati iaitu teori kerelatifan.

Walaupun dikenali sebagai manusia genius, Albert Einstein tetap mempunyai kekurangan dari segi akademik.

Beliau cemerlang dalam subjek Matematik, Fizik dan Falsafah, namun mempunyai masalah dalam subjek bahasa.

Walaupun begitu, beliau berjaya menulis Kertas Ilmiah pertamanya ketika berusia 16 tahun. Kertas Ilmiahnya membincangkan daya tarikan magnet yang diinspirasikan oleh kompas pemberian ayahnya.

Teori Kerelatifan Albert Einstein telah membantu meningkatkan pemahaman dalam kalangan saintis tentang bagaimana alam semesta ini berfungsi.

Antara hasil dapatan yang boleh didapati melalui teori itu adalah pergerakan planet, kelahiran dan kematian sesebuah bintang serta kemungkinan untuk berlakunya evolusi terhadap alam sekitar.

Albert Einstein memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1921 hasil sumbangannya dalam dunia sains terutamanya bidang fizik.

Hadiah Keamanan Nobel merupakan satu penghormatan dan anugerah tertinggi yang diberikan kepada para saintis.

Anugerah berkenaan terus mengangkat nama serta penemuannya hingga menjadikan beliau terkenal sehingga ke hari ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok