785 murid sertai Kempen Minggu Gigi Sihat 2022

Iklan
785 murid sertai Kempen Minggu Gigi Sihat 2022

Gigi dan gusi perlu dikekalkan dalam keadaan sihat sepanjang hayat untuk pengunyahan makanan dan pertuturan yang jelas.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, jika penjagaannya adalah konsisten, ia tentunya dapat menambah keyakinan dan kecantikan paras rupa seseorang itu.

Iklan

Baru-baru ini, Sekolah Rendah Al-Hidayah Ipoh, Perak menganjurkan Kempen Minggu Gigi Sihat 2022 bertujuan memupuk kesedaran murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi.

Iklan

Ia juga berobjektif menerapkan amalan baik menjaga gigi dan menggalakkan mereka memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Guru Penyelaras Doktor Muda, Sekolah Rendah Al-Hidayah, Cikgu Nur Azura Salleh berkata, seramai 785 murid Tahap Satu dan Dua mengikuti program anjuran Unit Hal Ehwal Murid sekolah dan program kali kelima itu telah dirasmikan oleh Guru Besar, Suriani Suratman.

Cikgu Nur Azura berkata, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program.

"Antaranya, peserta memberus gigi dengan bimbingan sekumpulan ahli Doktor Muda dan berpeluang menonton video cara memberus gigi dengan betul.

"Mereka juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna bagi murid Tahap Satu dan melukis poster untuk murid Tahap Dua,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Suriani memuji kempen yang disifatkan dapat membantu murid-murid sekolah rendah memberus gigi mengikut teknik yang betul.

"Saya berharap kempen sebagus ini akan diadakan setiap tahun dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pergigian berdekatan.

"Ini kerana pengetahuan dalam masalah pergigian dan cara menjaganya perlulah disampaikan kepada murid sepanjang masa dan konsisten,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Cabaran pendidikan era pandemik, 3 guru diumum pemenang #CikguJuaraDigital 2022 

Guru dan ibu bapa, atasi isu murid bisu terpilih di sekolah

"Usah dibuai dengan khayalan kekayaan”, guru kongsi realiti menjadi seorang ‘drop out’ universiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok