Isu 15 calon gagal SPM gara-gara bawa telefon, satu iktibar buat semua warga pendidikan

Iklan
1612969
Baru-baru ini, tular di laman media sosial apabila satu surat daripada Lembaga Peperiksaan (LP) menolak rayuan kedua 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa membawa telefon bimbit ke dalam dewan semasa peperiksaan.Menurut perkongsian oleh guru Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak 1, Mohd Fadli Salleh, kejadian dikatakan berpunca daripada peperiksaan kertas Sejarah 2 yang bermula lewat."Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sidang peperiksaan dengan kelam kabut sehingga pelajar turut tergesa-gesa untuk memasuki dewan."Kata pelajar, ketua pengawas telah gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan dan ia menyebabkan 15 pelajar terbawa telefon ke dalam dewan dan terlupa untuk mengeluarkannya."Sudah menjadi tabiat untuk meletakkan telefon di dalam poket, namun jika ada peringatan sebelum peperiksaan bermula, mesti mereka ingat dan terus keluarkan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.Beliau berkata, pengumuman larangan membawa telefon bimbit yang dibuat oleh ketua pengawas hanya dilakukan semasa peperiksaan berlangsung."Ketua Pengawas telah membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa telefon bimbit agar menyerahkan telefon kepada pengawas dengan berjanji tidak akan mengambil tindakan terhadap pelajar."Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon mereka, tetapi janji itu tidak ditepati sehingga mengakibatkan kertas sejarah mereka ‘DIBATALKANtarget="_blank"'>