Kemahiran pengendalian dron bukan sekadar hobi, kini profesion dalam pelbagai industri

Iklan
DJI-UCSI-MoA

Kemahiran mengendalikan dron bukan lagi dianggap sebagai hobi mahupun aktiviti pada masa lapang, sebaliknya ia sudah menjadi profesion penting dalam pelbagai industri kritikal di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UCSI, Profesor Madya Dr Mabel Tan Hwee Joo, teknologi dron semakin mendapat tempat dalam pelbagai industri termasuk sektor keselamatan, pertanian dan kejuruteraan.

Iklan

"Daripada sektor pertanian hingga ke kejuruteraan, dron digunakan secara meluas dan sudah tentu ia perlu dikendalikan oleh individu yang berkelayakan.

Iklan

"Sehubungan itu, kami mengambil inisiatif membuka ruang kerjasama dengan akademi latihan dron terbesar di Malaysia, DJI Academy Selangor untuk menyediakan kemahiran berkaitan teknologi dron ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) dengan DJI Academy Selangor, semalam.

Perjanjian ini ditandatangani oleh wakil Kolej UCSI, Dr Mabel Tan dan Naib Presiden Hal Ehwal Akademiknya, Profesor Madya Dr Chong Aik Lee manakala DJI Academy diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Jude Low Hong Giap serta Pengurus Pembangunan Perniagaan Teguh Inovasi (M) Sdn Bhd, Darren Teh Lai Chuan.

Menerusi kerjasama ini, UCSI dan DJI Academy akan menawarkan kursus melalui program pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL) serta ‘micro-credential’ dalam teknologi dron secara komprehensif kepada pelajar mahupun profesional yang sudah bekerja sebagai ruang untuk mereka menambah atau meningkatkan kemahiran sedia ada.

Antara kursus yang ditawarkan termasuk fotografi udara, latihan pengendalian Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) dan penyelenggaraan UAS.

Sementara itu, Hong Giap berkata, kursus yang ditawarkan itu sesuai bagi individu yang mahu membangun kemahiran spesifik berkaitan dron.

"Program ini akan membantu individu kekal ada pekerjaan, beradaptasi dan kompetitif.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan UCSI dan untuk memenuhi keperluan masa hadapan, kita pastinya akan sediakan lebih banyak program latihan yang sesuai,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Penyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanian

Anak kelahiran Muar, Florence Tan dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi di Nasa, inspirasi kepada pelajar bidang kejuruteraan

Kemahiran pengekodan bakal menjadi aset berharga bagi masa depan kanak-kanak


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok