Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

22 sekolah di Terengganu ditutup

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
21 Nov 2023 04:35pm
A
A
A

Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara susulan banjir selain dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman @ Abdullah berkata, jumlah itu melibatkan 13 sekolah yang dinaiki air manakala sembilan lagi dijadikan PPS.

"Sebanyak 10 sekolah yang dinaiki banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong dan SK Bukit Bayas.

"Ia juga melibatkan SK Kampung Bukit Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik.

"Selain itu, SK Bukit Puteri di Besut, SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun) juga dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Azman berkata, empat sekolah yang dijadikan PPS di Kuala Terengganu ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Menurutnya, empat sekolah yang dijadikan PPS di Kuala Nerus pula iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal, manakala di Marang hanya melibatkan SK Bukit Gasing.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok