Pelanjutan tarikh tutup permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 Fasa Kedua dilanjutkan hingga 13 Jun.
Pelanjutan tarikh tutup permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 Fasa Kedua dilanjutkan hingga 13 Jun.

Info penting! KPT umum pelanjutan tarikh tutup permohonan UPUOnline Fasa 2 hingga 13 Jun

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Jun 2023 01:47pm
A
A
A

Memandangkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 baru sahaja diumumkan 8 Jun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan tarikh tutup permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 Fasa Kedua dilanjutkan hingga esok (13 Jun 2023) bagi memberi ruang kepada calon-calon membuat permohonan dengan tepat bagi melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).

Permohonan UPUOnline yang terbuka kepada calon lepasan SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), asasi, matrikulasi dan diploma atau setaraf itu boleh diisi hingga pukul 5 petang pada 13 Jun ini dengan melayari laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/.

Sebelum ini permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 telah dibuka mulai 15 Mei hingga 9 Jun 2023.

Namun demikian, KPT melanjutkan tarikh tutupnya hingga esok bagi memberi peluang para calon mengisi berdasarkan keputusan SPM 2022 yang diperoleh pada Khamis.

Sementara itu, KPT turut memaklumkan Fasa Pengemaskinian UPUOnline lepasan SPM bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah dibuka mulai 11 Jun hingga 5 petang pada 13 Jun 2023.

Dalam Fasa Pengemaskinian UPUOnline itu, KPT menerusi laman Facebooknya memberitahu, tapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada Fasa Satu sahaja.

Calon-calon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok