Kredit foto: Facebook SMK Agama Baling
Kredit foto: Facebook SMK Agama Baling

Keputusan tawaran Tingkatan 6 diumum 3 Julai ini

ROSHLAWATY MD RAIEH
28 Jun 2023 10:49pm
A
A
A

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Tahun 2023 bagi pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan pada 3 Julai iaitu hari Isnin.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Selasa, semakan keputusan tawaran dan pendaftaran itu boleh dilakukan melalui dua kaedah.

“Kaedah tersebut adalah secara dalam talian menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://satu.moe.gov.my.

“Manakala, mereka yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing,” katanya.

Seterusnya, bagi pelajar yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan sama atau melalui sekolah masing-masing mulai 3 hingga 17 Julai 2023.

"Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama atau dimaklumkan pihak sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 17 Julai bagi sekolah di negeri Kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran,” ujarnya dengan menambah tarikh lapor diri bagi ambilan rayuan pula adalah 25 Julai nanti.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok