Copy of Template Insta story Sinar Bestari - 2022-10-21T141027.463
Copy of Template Insta story Sinar Bestari - 2022-10-21T141027.463

KPLB tambah baik silibus TVET, penuhi keperluan pasaran kerja menjelang 2025

Adlan Farhan Azwan
21 Oct 2022 02:29pm
A
A
A

Dalam usaha memenuhi keperluan pasaran kerja menjelang 2025, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus berusaha bagi menambah baik silibus Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Penambahbaikan itu akan memberi keyakinan kepada 2.5 juta belia luar bandar untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama bagi kerjaya mereka.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, TVET berupaya menjadi ejen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara.

“Kami akan berbincang dengan pengurusan tertinggi bagi melihat kepada subjek yang patut dikekalkan sampai bila-bila kerana berupaya menjadi tarikan dan mendapat tempat di pasaran serta memudahkan orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan.

“Usaha ini juga supaya dapat meningkatkan lebih ramai bilangan pelajar menceburi dalam bidang TVET,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dalam pada itu, majlis anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf dan menghargai usaha serta pencapaian cemerlang institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni program TVET@KPLB.

Mahzdir berkata, Anugerah TVET@KPLB juga diwujudkan bagi memberi galakan untuk menaikkan motivasi dan mendorong pencapaian serta sumbangan yang lebih aktif oleh institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni.

Jelasnya, sebanyak 280 Institusi pendidikan TVET KPLB mengambil bahagian dalam empat kategori anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah Institusi Terbaik, Pengajar Terbaik, Pelajar Terbaik dan Ikon TVET@KPLB.

Barisan penerima anugerah semasa Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB. Kredit foto: UKK KPLB

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, dinobatkan sebagai Institusi TVET Terbaik Peringkat Sijil manakala MARA Japan Industrial Institute (MJII) sebagai pemenang kategori Institusi TVET Terbaik Peringkat Diploma dan UniKL MIIT dianugerahkan sebagai Institusi TVET Terbaik Peringkat Ijazah.

GiatMARA turut menerima pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan TVET Terbaik Keseluruhan Bagi Anugerah Kecemerlangan Sempena Anugerah Pendidikan dan TVET Malaysia 2022, anjuran Education-TVET Asia.

Artikel berkaitan

Kadar kebolehpasaran graduan TVET KPLB melebihi paras nasional

Usaha perkasakan TVET negara, jalin kerjasama dengan universiti di Jerman

Pelajar aliran vokasional bakal penuhi keperluan industri


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok