Salah satu kumpulan sedang melaksanakan tugasan kewartawanan.
Salah satu kumpulan sedang melaksanakan tugasan kewartawanan.

Pelajar rasai sendiri dunia kewartawanan dengan TV PSS

NURBAYA ABDUL REZAK
02 May 2024 10:46am
A
A
A

Dunia tanpa sempadan dan berita hanya di hujung jari dalam pelbagai platform, memaksa setiap individu bergerak pantas agar ketinggalan.

Bertepatan dengan itu, Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari dilihat sangat tepat dan kali ini Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya menjadi lokasi kedua berhimpunnya sejumlah 27 buah sekolah.

Penolong Pengarah Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Roobah C Vilachamy berkata, penglibatan kira-kira 80 pelajar dan murid itu disifatkan sangat tepat dengan kepesatan maklumat dan teknologi masa kini.

"Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mengumpulkan pelajar daripada sekolah yang berlainan seluruh Putrajaya ini untuk merasaikan sendiri pengalaman menjadi wartawan, kru produksi dan etika bertemu masyarakat.

"Seperti yang semua maklum, TV PSS ini merupakan satu inovasi dalam pusat sumber sekolah dan saya percaya pelajar yang terpilih akan menyerap ilmu untuk mereka bawa pada masa depan.

"Matlamat pelaksanaan TV PSS ini adalah untuk berkongsi kepakaran berhubung kemahiran kewartawan bagi program di sekolah," katanya sewaktu berlangsungnya Jelajah TV PSS di SAS, Putrajaya pada Selasa lalu.

Editor Eksekutif Lifestyle, Meen Tahrin (dua dari kiri) merangkap moderator bengkel membantu pelajar dan murid untuk lebih memahami situasi sebenar dunia kewartawanan. Gambar kecil: Roobah.
Editor Eksekutif Lifestyle, Meen Tahrin (dua dari kiri) merangkap moderator bengkel membantu pelajar dan murid untuk lebih memahami situasi sebenar dunia kewartawanan. Gambar kecil: Roobah.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, Jelajah TV PSS kali ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) termasuk kru Sinar Bestari.

Sementara itu, Roobah berkata, Jelajah TV PSS juga membantu sekolah membentuk kemenjadian murid sekali gus melahirkan generasi kreatif, kritis berfikiran aras tinggi dan membawa karektor kewartawanan dengan lebih unggul.

"Kepada pelajar dan murid-murid, gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu bagi kemajuan diri," katanya.

Untuk rekod, Jelajah TV PSS Sinar Bestari akan meneruskan misi jajahannya ke negeri bersejarah iaitu Melaka bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Baru pada 8 Mei nanti.

Perbincangan dalam kumpulan sesebuah kru produksi amat diperlukan bagi menyiapkan sebarang tugasan.
Perbincangan dalam kumpulan sesebuah kru produksi amat diperlukan bagi menyiapkan sebarang tugasan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok