gamelan
gamelan

Persembahan Gamelan Putra Warisan, ‘choral speaking’, rai kedatangan tetamu kehormat ASSSB

Rasyidah Zulkifi
07 Oct 2022 09:10am
A
A
A

Kumpulan Gamelan Putra Warisan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor dan pasukan ‘choral speaking’ dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, Shah Alam, Selangor antara yang membuat persembahan pada Majlis Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor, pada Rabu.

Persembahan ini bagi meraikan kedatangan tetamu kehormat iaitu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali dan Presiden The Hope Factory Malaysia, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah.

Alunan gamelan mengiringi kedatangan tetamu kehormat.

Menurut Guru Pendidikan Muzik, SMK Sungai Kertas, Muhamad Zamri, 40, kira-kira lapan murid membuat persembahan gamelan, manakala lagi dua murid menjadi hulubalang.

“Harapan saya semoga muzik tradisional ini diangkat kelebihannya dan bakat murid-murid dapat diketengahkan, maksudnya tidak tertumpu kepada pelajaran sahaja.

“Melalui gamelan ini mereka dapat membina kemahiran tangan dengan menepak instrumen tanpa melihat bacaan not ketika persembahan.

“Selain itu, murid dapat membuat sumbangan persembahan di pelbagai peringkat dan majlis, pada masa sama mengharumkan nama sekolah,” katanya ketika ditemu bual Sinar Bestari, baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Bahasa Inggeris, SK Seksyen 9, Norzalilah Hazizul Hassan, 34, berkata, pasukan ‘choral speaking’ seramai 20 orang dianggotai oleh murid-murid Tahun Empat hingga Enam.

Choral speaking dari 20 orang peserta SK Seksyen 9.

“Persembahan di hadapan khalayak umum ini mencapai standard yang ditetapkan kerana isu yang dipersembahkan relevan iaitu tentang perubahan iklim di Malaysia.

“Topik yang dipilih dapat memberi kesedaran mengenai masalah ini dengan mendedahkan punca pemanasan global dan cara untuk mengatasinya.

“Input kepada pendengar-pendengar ini dibawakan secara santai walaupun topiknya agak berat,” ujarnya.

SK Seksyen 9 pernah dinobatkan naib johan dalam Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Selangor tahun 2022, Ogos lalu.

Artikel berkaitan 

YM Tengku Munazirah berkenan hadiri ASSSB 

Ahmad Amzad antara tetamu jemputan ASSSB 

Bank Rakyat sedia bekerjasama untuk program ASSSB akan datang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok