Dua dari kiri, Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed; Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak dan 
Senator Datuk Dr Azhar Ahmad; Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff; Pengerusi Eksekutif, Synergy Generated Sdn Bhd, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood; Ketua Pegawai Pelanggan (Govement & Large Business) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tuan Nasaruddin Mohd Zaini; Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan dan Kumpulan Institusi Perbankan, Bank Islam Berhad (BIMB), Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir.
Dua dari kiri, Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed; Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak dan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad; Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff; Pengerusi Eksekutif, Synergy Generated Sdn Bhd, Datuk Wan Shaharuddin Wan Mahmood; Ketua Pegawai Pelanggan (Govement & Large Business) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tuan Nasaruddin Mohd Zaini; Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan dan Kumpulan Institusi Perbankan, Bank Islam Berhad (BIMB), Sharifah Sarah Syed Mohamad Tahir.

UPSI, TNB meterai kerjasama bina infrastruktur dilengkapi panel solar PV

MARIATUL QATIAH ZAKARIA
01 Jun 2023 03:17pm
A
A
A

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategiknya Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) untuk membina panel solar photovoltaic (PV) di Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, menerusi kerjasama itu, mereka memperkenalkan modul baharu iaitu pembinaan insfrastruktur yang dilengkapi dengan panel solar PV berkapasiti 3.24MWp (Megawatt peak).

“Projek solar fasa pertama di kawasan Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City ini bakal memberi maanfaat dan penjimatan sebanyak RM13.5 juta dan pengurangan pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun.

“Kerjasama ini selaras dengan hasrat UPSI yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Kerjasama antara UPSI Holdings dengan SGSB ini akan mewujudkan inisiatif bertepatan dengan objektif strategik kami ke arah pembangunan kampus pintar, digital, lestari dan mesra persekitaran,” katanya kepada pemberita selepas pertukaran perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Muallim Scholar’s Suites, kampus baharu UPSI pada Rabu.

Md Amin
Md Amin



Tambah Md. Amin, projek berkenaan yang menelan belanja RM7 juta dijangka siap pada Disember hadapan dan ia boleh digunakan oleh warga kampus serta mereka yang berminat.

“Kerjasama itu juga bakal membuka lebih banyak potensi penyelidikan, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan kepada graduan UPSI yang berminat menceburi bidang tenaga boleh baharu iaitu solar PV.

“UPSI juga perlu melaksanakan projek-projek yang membantu meningkatkan kelestarian kampus dan alam sekitar sekali gus meningkatkan penarafan universiti ini dalam UI Green Metric World University Ranking berkenaan inisiatif hijau.

Artikel Berkaitan:


“Ia juga secara tidak langsung memberi inspirasi kepada UPSI untuk projek pada masa akan datang”, jelasnya.

Sesi menandatangani perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategik Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) untuk membina panel solar photovoltaic (PV) di Kampus Sultan Azlan Shah.
Sesi menandatangani perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta rakan strategik Synergy Generated Sdn Bhd (SGSB) untuk membina panel solar photovoltaic (PV) di Kampus Sultan Azlan Shah.



Pada masa yang sama, sistem solar yang akan dipasang di lapan kawasan merangkumi pelbagai kawasan parkir iaitu kompleks sukan, tapak pesta konvokesyen, bangunan fakulti, masjid dan beberapa kawasan lain merupakan projek solar yang pertama di negara ini.

Beliau turut berkata, UPSI berada di kedudukan penarafan 132 di dunia pada 2022 dan inisiatif tersebut bakal melonjakkan kedudukan yang lebih baik pada tahun ini.

Md Amin (empat dari kiri) melihat model pembinaan solar PV yang bakal dibina di kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Md Amin (empat dari kiri) melihat model pembinaan solar PV yang bakal dibina di kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok