haim hilman
haim hilman

UUM tersenarai 148 universiti terbaik Asia

Nor Azma  Muhamat Laila
03 Jun 2022 05:38pm
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai di kedudukan 148 universiti terbaik di Asia dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 yang diumumkan, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kejayaan ini, Naib Canselornya, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, tahun lalu UUM berada di kedudukan ke-155 manakala pada 2020 di tangga 251 hingga 300.

"Saya yakin pengumuman ini pastinya akan menggembirakan semua warga universiti kerana kejayaan yang diraih adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada pensyarah, pentadbir, kumpulan sokongan, pelajar dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan setiap tahun ini pastinya membanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia kerana ia membabitkan reputasi sesebuah universiti," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Haim Hilman.

Tambah Haim Hilman lagi, setiap kejayaan yang dikecapi ini pasti tidak kan dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sentiasa memberi dokongan berterusan kepada universiti.

“Kita sebagai satu pasukan bersama-sama akan mengangkat agenda pendidikan tinggi negara sekali gus merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti terbaik di Asia dan dunia satu hari nanti,” ujarnya lagi.

THE Asia University Rankings 2022 membabitkan 616 universiti daripada 31 negara yang dinilai berdasarkan lima kriteria utama iaitu pengajaran, penyelidikan, sitasi, penjanaan daripada industri dan pengantarabangsaan.

Artikel berkaitan

UPM lonjak 28 anak tangga dalam THE Emerging Economies Rankings 2021

UTP muncul universiti swasta terbaik Malaysia

THE Asia University Rankings 2021, UTeM tersenarai dalam universiti terbaik Asia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok