image
image

"Saya lorek dalam buku sebab takdak tasbih, ustaz"

Roshlawaty Md Raieh
09 Jun 2021 09:41pm
A
A
A

"Ustaz, setiap kali saya selawat saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih.

"Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan. Kan ustaz kata nabi kenal kita sangat-sangat kalau rajin selawat..."

ALLAH.

Sebak dada Ustaz Mohd Khalil Munawwar Ahmad Masduki bila mendengarkan jawapan daripada murid Tahun Lima, Muhammad Saiful Ambiyak Abdullah ini.

Ustaz Mohd Khalil Munawwar yang merupakan guru JQAF SK Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah itu berkata, memang dia sentiasa menggalakkan anak-anak muridnya berselawat 1000 kali sehari.

"Tapi saya tak sangka yang Muhammad Saiful Ambiyak sanggup melorek buku disebabkan tidak mempunyai tasbih. Hati saya sangat sebak," katanya kepada Sinar Bestari.

Menurut cerita Ustaz Mohd Khalil Munawwar, murid Tahun Lima itu adalah seorang yang pendiam, pemalu dan sangat sopan orangnya.

"Butir bicara hanya yang berguna sahaja malah dia murah dengan senyuman dan sangat kasihkan saya sebagai gurunya," kata ustaz ini lagi.

Mari ikuti kisah Muhammad Saiful Ambiyak dan lorekkan di bukunya menerusi perkongsian Ustaz Mohd Khalil Munawwar, baru-baru ini.

*****

Nama anak ini Saiful Ambiyak. Ayahnya sudah meninggal ketika dia Darjah Tiga. Ibunya mencari nafkah bekerja di ladang ternakan puyuh.

Ketika saya masuk kelas Tasmik al-Quran kelihatan beliau mencorek-corek buku latihannya.

Saya bertanya "kamu buat apa lorek-lorek buku macam ni?”

Dia menjawab...

"Ustaz, setiap kali saya selawat saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih.

"Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan. Kan ustaz kata nabi kenal kita sangat-sangat kalau rajin selawat..."

Allahu...

Saya tersentuh lagi pagi ni. Anak-anak didik saya ini di mata manusia mereka tidak ada apa-apa...mudah-mudahan di sisi ALLAH, mereka kelak menjadi seperti Uwais Al Qarni, hamba ALLAH yang tak dikenali makhluk di bumi namun dicintai makhluk di langit.

Artikel berkaitan 

Guru besar baiki longkang tersumbat hingga buat ramai terkejut!

Jepun masih guna papan hitam dan kapur dalam pembelajaran, rupa-rupanya kerana sebab ini…

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok