Kerja keras 4 penyelidik berbaloi apabila inovasi COVTIS69 mereka muncul juara
Kerja keras 4 penyelidik berbaloi apabila inovasi COVTIS69 mereka muncul juara

Kerja keras 4 penyelidik berbaloi apabila inovasi COVTIS69 mereka muncul juara

Roshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 03:22pm
A
A
A

Usaha keras empat penyelidik dari Politeknik Merlimau Melaka (PMM) akhirnya membuahkan hasil apabila inovasi mereka iaitu Cards of Activities (COVTIS69) muncul juara sempena Konvensyen Kreatif dan Inovatif (KIK) Horizon Baharu PMM, baru-baru ini.

Kumpulan penyelidik yang menggelarkan diri sebagai Kumpulan 69 itu terdiri daripada gabungan antara staf Unit Pengurusan Psikologi (UPP), Unit Komunikasi Korporat (UKK) serta Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK).

Ketua Kumpulan 69, Dr Aspalilla Main berkata, inovasi COVTIS69 itu adalah satu set kad aktiviti yang mempunyai 69 keping di dalamnya.

“Kad tersebut boleh digunakan sebagai alat bantu beraktiviti kepada guru, pensyarah, jurulatih dan fasilitator secara lebih interaktif kerana kad ini dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 30 aktiviti yang dicadangkan untuk dimainkan bersama pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang penyelidik bagi kumpulan ini, Hasbullah Mustafa berkata, inovasi COVITS69 mempunyai banyak manfaat kepada guru, pensyarah, pelajar dan juga orang ramai.

“Generasi pelajar misalnya, mereka sangat memerlukan gaya pembelajaran yang lebih interaktif serta melibatkan pelbagai gerakan psikomotor, kepelbagaian sesi praktikal dan mencabar minda untuk berfikir.

“Oleh itu, kemunculan inovasi COVITS69 sangat bertepatan pada masa kini kerana ia berjaya memenuhi kehendak pelajar yang mahukan pembelajaran menyeronokkan sepanjang masa,” jelasnya.

Artikel berkaitan

Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

7 kriteria pemarkahan inovasi atau produk yang perlu guru ambil tahu. Penting!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok