Gambar hiasan.
Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

5 kaedah mendidik kanak-kanak autisme

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
18 Dec 2023 09:49am

1) Reinforcement

Kaedah ini adalah dengan memberikan kesan-kesan (•consequences)• apabila anak menunjukkan tingkah laku yang diingini dengan tujuan meningkatkan kebarangkalian mereka untuk mengulangi perbuatan itu. Sebagai contoh, memberikan pujian atau membenarkan mereka bermain telefon sebagai ganjaran buat mereka.

2) Bantuan visual

Merupakan petunjuk konkrit yang menyampaikan informasi tentang aktiviti dan rutin yang anak-anak lakukan. Antara contohnya ialah jadual visual, senarai semak aktiviti dan gambar-gambar aktiviti seperti menampal gambar cara-cara basuh tangan di cermin tandas.

Gambar hiasan.
Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Artikel Berkaitan:

3) Intervensi Antecedent-Based

Intervensi ini melibatkan pelbagai pengubahsuaian terhadap persekitaran anak-anak dalam membentuk tingkah laku mereka. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan melabel laci atau almari, memberi pilihan kepada anak dan menggunakan penentu masa (timer) semasa menjalani kehidupan seharian.

4) Modelling (tunjuk ajar)

Kaedah ini mudah dilakukan dan berkesan untuk anak-anak autistik. Ibu bapa hanya perlu memberi demonstrasi yang betul dan memastikan anak anda menumpukan perhatian kepada gerak-geri anda. Kemudian, anda boleh meminta mereka melakukan semula perbuatan yang telah dilakukan.

5) Intervensi Behavioral Momentum

Intervensi ini mengajar tentang melakukan tugas mudah dahulu diikuti dengan tugas yang sukar. Ini membenarkan anak anda untuk mendapatkan momentum yang kemudiannya memudahkan mereka untuk melakukan tugas yang susah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp