PIDN
PIDN

Tawaran tajaan JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dibuka

Rasyidah Zulkifi
23 Feb 2022 02:22pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Permohonan bagi penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022 telah dibuka, baru-baru ini. 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) tersebut boleh dibuat dengan mengisi borang melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my.

Baca juga

30 lepasan matrikulasi dapat tajaan pengajian di Australia

30 pelajar di Tenom Sabah dapat tajaan komputer riba

“Permohonan dibuka secara dalam talian bermula 14 Februari 2022 pada jam 4.30 petang sehingga 27 Februari 2022 pada jam 11.59 malam. 

“Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. 

“Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat,” katanya.

Menurut JPA, PIDN menawarkan perjanjian pinjaman mengikut empat keadaan.

“Pelajar dikecualikan bayaran balik dan ditukar kepada biasiswa penuh jika mereka berkhidmat dalam sektor awam sejurus tamat pengajian.

 “Bayaran balik 25 peratus daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar bekerja dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Bayaran balik sebanyak 50 peratus daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya mereka berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara,” katanya.

Mengulas lanjut, selain daripada keadaan tersebut, pelajar dikehendaki membayar balik tajaan PIDN sepenuhnya sama seperti jumlah pinjaman yang diterima pada peringkat awal.

JPA memaklumkan calon yang ingin mendapatkan tajaan perlu memenuhi syarat umum dan khusus.

Pelajar mestilah warganegara Malaysia, memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), umur tidak melebihi 22 tahun, mempunyai kesihatan yang baik, ibu atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA dan tidak mendapat mana-mana tajaan di peringkat pengajian tinggi.

Syarat-syarat khusus pula, mereka perlu memulakan pengajian di peringkat ijazah pertama sebelum 27 Februari ini.

“Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan satu semester hendaklah memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.30 di peringkat diploma.

“Bagi bidang perubatan dan pergigian, memperoleh keputusan lulus dan mempunyai baki 24 bulan termasuk semester terkini,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, jurusan pendidikan, penerbangan, program berbentuk francais, program berkembar, pengajian separuh masa, kejururawatan dan sijil profesional termasuk dalam bidang-bidang yang tidak ditaja.

Dalam pada itu, JPA akan mengadakan sesi soal jawab melalui aplikasi Zoom secara video penstriman langsung pada 25 Februari 2022 jam 10 pagi di pautan https://zoom.us/j/93632427280.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok