Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar (tengah) bersama perserta  Bengkel Panel Dalaman Swaakreditasi anjur IPQ UUM di Hotel Raja, Alor Setar.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar (tengah) bersama perserta Bengkel Panel Dalaman Swaakreditasi anjur IPQ UUM di Hotel Raja, Alor Setar.

IPQ UUM anjur Bengkel Panel Dalaman Swaakreditasi

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Mar 2023 06:54pm
A
A
A

Swaakreditasi merujuk kepada status yang melayakkan sesebuah institut pengajian tinggi (IPT) mengkredit program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang relevan.

Status itu merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) ke atas universiti yang terbukti mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh dan bagus.

Setiap lima tahun IPT atau universiti yang mempunyai status Swaakreditasi perlu melalui Audit Pemantuhan Status Swaakreditasi yang akan dijalankan oleh MQA.

Untuk itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah diberikan status tersebut pada 2017 telah menganjurkan Bengkel Panel Dalaman Swaakreditasi menerusi Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM di Hotel Raja, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Profesor Dr Shahimi Mohtar berkata, bengkel berkenaan diadakan buat julung kalinya sejak UUM menjadi IPT yang berstatus Swaakreditasi.

Ujar Shahimi Mohtar, beliau berharap perserta yang hadir dalam bengkel itu dapat membantu bahagian Swaakreditasi, IPQ dan Pusat Pengajian UUM dalam melaksanakan audit akademik

Jelasnya, dengan kepakaran yang mereka miliki, UUM boleh menyediakan program dan modul pendidikan berkualiti serta mematuhi standard yang telah menjadi ketetapan.

“UUM dijangka menerima lawatan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi daripada MQA pada pertengahan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

“Melalui kepakaran dalam bidang masing-masing ini pastinya UUM dapat menawarkan program yang berkualiti dan mematuhi standard yang ditetapkan KPT dan MQA,” ujarnya ketika berucap pada bengkel tersebut.

Hadir sama, Pengarah IPQ, Profesor Madya Dr Mohd Haniff; Profesor Pusat Pengajian Pendidikan UUM, Profesor Dr Nurahimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Program Pascasiswazah, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif UUM, Dr. Sahubar Ali Mohamed Nadhar Khan.

Sementara itu menurut Mohd Haniff, sebanyak 29 program akademik berstatus Akreditasi Sementara dan 54 program akademik berstatus Akreditasi Penuh telah dikreditasikan UUM.

“Sehingga kini UUM telah mengakreditasi sebanyak 29 program akademik berstatus Akreditasi Sementara dan 54 program akademik berstatus Akreditasi Penuh dengan jumlah ahli panel penilai akademik adalah sebanyak 37 orang,” jelas Mohd Haniff.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok