Peserta SULAM mengikuti pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung
Peserta SULAM mengikuti pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung

SULAM dedah kepentingan mikrob dalam industri bioteknologi

SERVICE Learning Malaysia-University for Society (SULAM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dilihat sebuah program yang mampu memberi

01 Feb 2023 01:21am
A
A
A

SERVICE Learning Malaysia-University for Society (SULAM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dilihat sebuah program yang mampu memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan kepentingan mikrob dalam industri bioteknologi.

Menurut Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin, sesetengah masyarakat tidak menyedari peranan mikrob dalam aktiviti seharian.

“Dalam industri bioteknologi, mikrob diguna pakai dengan intensif di setiap peringkat, sama ada digunakan untuk pengeluaran barangan seperti makanan dan vaksin.

“Ia juga digunakan dalam operasi penapaian berskala besar yang menghasilkan pengeluaran bahan mentah seperti bioetanol yang boleh digunakan sebagai tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya.

No Image Caption

Sambung Nurul Hazlina, mikrob turut menyumbang kepada ekologi dan kepelbagaian alam semula jadi.

“Hasilnya, beberapa teknik analisis mikrob telah dibangunkan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang tujuan dan kepentingan mikrob yang mengelilingi kita,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi mengenai program SULAM, Nurul Hazlina berkata, ia merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.

No Image Caption

Selain itu, SULAM yang diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang turut memberi peluang kepada mahasiswa UMP menjalankan program khidmat komuniti bersama pelajar sekolah bagi meningkatkan keupayaan mereka mendalami ilmu berkaitan mikrob sehingga ke peringkat genom.

Pada masa yang sama, peserta turut didedahkan tentang kepentingan proses penjujukan bagi memahami keupayaan sesuatu mikrob dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok