Kepakaran yang dimiliki Dexter membolehkan dia berkhidmat di Amerika Syarikat.
Kepakaran yang dimiliki Dexter membolehkan dia berkhidmat di Amerika Syarikat.

Graduan IKM Kuching cipta nama di Amerika Syarikat

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Aug 2024 03:08pm

Seorang lagi graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mengharumkan nama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Malaysia apabila kini berkhidmat di syarikat berpangkalan di New Orleans, Louisana, Amerika Syarikat.

Selain bekerja di sana, Dexter Anak Vincent yang merupakan graduan Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuching, Sarawak turut meraih anugerah khas di syarikat tersebut atas kejayaan mengenal pasti masalah dalam proses operasi di tempat kerjanya.

My IKM Kuching menerusi Facebooknya memaklumkan, kejayaan Dexter secara tidak langsung berjaya membuktikan graduan TVET sentiasa menjadi rebutan majikan luar negara.

“Tahniah Dexter. Teruskan membawa nama anak Malaysia dan Mara demi membanggakan negeri Sarawak dan negara tercinta.

“Dexter mendoniaaa,” tulisnya.

No Image Caption

Terdahulu, Dexter yang mengikuti pengajian dalam bidang Sijil Teknologi Kimpalan di IKM Kuching telah bergraduasi pada tahun 2012.

Anak jati dari Bintulu, Sarawak itu telah meneruskan kerjayanya di Bintulu Yard selepas tamat pengajian.

Dexter merantau ke Singapura dan bekerja di Heerema Marine Contractor selama beberapa tahun.

No Image Caption

Kemudian, anak muda ini direzekikan bekerja di Amerika Syarikat berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

Selain beliau, beberapa alumni IKM dari seluruh Malaysia turut berpeluang berkhidmat di luar negara dalam bidang masing-masing.

No Image Caption

Antara nama-nama mereka yang telah disiarkan artikelnya oleh Sinar Bestari ialah Saifullah dari IKM Johor Bahru, Johor yang kini berkhidmat di Perancis; Muhammad Umar (IKM Kota Kinabalu, Sabah) bekerja di Eropah; Muhamad Alif Hamdi (IKM Johor Bahru) di Doha, Qatar dan Naza Naramza (IKM Jasin, Melaka) di Norway.

Sinar Bestari mengucapkan tahniah atas kejayaan kesemua produk kelahiran IKM dari Mara kerana memperoleh pekerjaan di luar negara.

Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha gigih, dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan akademik dan profesional masing-masing.

Selamat maju jaya dan semoga segala urusan anda dalam kerjaya dipermudahkan.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp