Untuk yang kurang mampu, asrama merupakan sekolah harapan bagi mereka kerana menyediakan pelbagai biasiswa dan kemudahan. Foto: @uncleed.my (kiri) dan Canva (kanan)
Untuk yang kurang mampu, asrama merupakan sekolah harapan bagi mereka kerana menyediakan pelbagai biasiswa dan kemudahan. Foto: @uncleed.my (kiri) dan Canva (kanan)

Kerana buli, ibu bapa berbelah bahagi mahu hantar anak ke asrama! 'Tapi jangan lupa, ia juga tempat mereka belajar erti hidup & jadi hebat'

07 Aug 2025 04:41pm

Sejak tularnya kisah buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Sabah hingga membawa kepada kematian, ramai ibu bapa dan penjaga melahirkan kebimbangan serta hilang keyakinan untuk menghantar anak-anak ke asrama sekolah.

Bagi sesetengah pihak, insiden tragis itu cukup menyedihkan sekali gus mereka berpandangan asrama kini tidak lagi selamat kerana terlalu banyak perkara buruk berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa.

Namun begitu, di tengah-tengah kebimbangan yang melanda, muncul pula suara-suara positif tampil berkongsi kehidupan di asrama.

Salah seorang daripadanya ialah pengguna TikTok dikenali @uncleed.my yang memuat naik satu video ringkas tentang sisi positif dan manis kehidupan para pelajar di situ.

Kongsinya di TikTok, asrama bukan sekadar mengajar anak membasuh baju dan melatih berdikari.

"Tapi inilah kolam pelajar buat latihan persediaan hadapi kerasnya dunia luar.

"Selain belajar dengan cemerlang, mereka dilatih bercakap selaku pemimpin tegar yang mahu menyahut seruan masyarakat dan negara," maklumnya di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Foto: Canva
Foto: Canva

Ujarnya lagi, asrama adalah tempat melatih jiwa dan jaringan.

"Bila anak hidup bersama rakan-rakan lain selama lima tahun, mereka belajar nilai respek dan toleransi, bina network seumur hidup dan faham tidak semua benda ikut kemahuan.

"Untuk yang kurang mampu, asrama merupakan sekolah harapan bagi mereka. Ada biasiswa pelajar cemerlang, bantuan zakat dan asnaf, biasiswa sukan dan kokurikulum serta berpeluang menyambung pelajaran ke luar negara.

"Pernah dgr tagline if you want to go fast, go alone. If you want to go strong, go together.

"Togetherness inilah diperkuatkan di sekolah berasrama di samping mendapat peluang menyertai pelbagai projek dan fokus kepada pembelajaran,” ujarnya panjang lebar.

Foto: Canva
Foto: Canva

Tulisnya lagi, ada banyak lagi sudut kebaikan tentang asrama sekolah.

"Kalau kita nampak asrama cuma sebagai tempat ajar berdikari, kita dah silap besar.

"Ia bukan tentang tinggal anak jauh dari rumah, ia tentang dekatkan anak dengan masa depan yang lebih besar," jelas @uncleed.my.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp