Kembara UMP prihatin berbakti bersama masyarakat Kapit-1
Kembara UMP prihatin berbakti bersama masyarakat Kapit-1

Berkampung selama 2 bulan, 20 pelajar AS timba ilmu fotografi, selami kulinari tradisi Sabah

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
26 Aug 2022 02:37pm

Kira-kira 20 pelajar antarabangsa dari Think Global School, New York, Amerika Syarikat (AS) berkampung selama dua bulan di Sabah untuk mempelajari teknik fotografi dan mengetahui keistimewaan kulinari serta warisan suku kaum Negeri Di Bawah Bayu itu.

Menurut Pengarah Jungle Lore Student Expedition, Gaurav Athalye, pelajar dalam lingkungan umur 15 hingga 17 tahun yang menginap di Sabah itu membabitkan dua kumpulan.

“Kumpulan pertama datang ke Sabah pada 5 Julai lalu dan yang kedua akan datang pada tahun hadapan. Mereka ini datang daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.

"Mereka diberikan tugasan untuk untuk merasai makanan dan mempelajari masakan tradisi suku kaum Kadazandusun, Murut dan Bajau.

"Program ini dianjurkan dengan kerjasama Borneo Sandakan Tours. Para pelajar dibawa mengelilingi Sabah sambil mempelajari kulinari tradisional suku kaum di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, antara lokasi yang dikunjungi sepanjang tempoh itu termasuk Mari-Mari Cultural Village di Inanam dan Gunung Trusmadi di Tambunan.

Sambungnya, setiap pelajar diberikan tugasan untuk membuat dokumentasi apa yang dipelajari melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang program berlangsung.

“Kemudian, hasil dokumentasi yang diperoleh mereka ini akan dimuat naik ke dalam blog Think Global School.

“Dengan bantuan pakar fotografi merangkap jurucakap Sony Malaysia di Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dalam program berkenaan membolehkan hasil kerja pelajar menjadi lebih menarik,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, para pelajar dibawa mengambil gambar ‘street food’ di Pasar Malam Api-Api Jalan Gaya, kemudian diajarkan kaedah asas untuk menyunting gambar.

"Mereka ini mempunyai bakat fotografi namun, tidak mempunyai teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan gambar yang menarik.

"Untuk itu, saya meyakinkan pihak Sony Malaysia bagi meminjamkan kamera jenis DSLR untuk kegunaan kumpulan pelajar antarabangsa ini kerana kamera yang disediakan oleh pihak sekolah agak terhad," jelasnya.

Artikel berkaitan 

20 pelajar SEPINTAR terpantas khatam al-Quran 30 juzuk hingga tersenarai dalam Sofwatul Huffaz!

20 pelajar Malaysia lakar kejayaan di pentas International Applied Biology Olympiad 2022

20 pelajar asnaf terharu terima sumbangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp