download (4) (1)
download (4) (1)

Para pelajar boleh kenali alat muzik tradisional Malaysia

Mohd Khairi Mohamad Yusri
04 Oct 2021 12:27pm
A
A
A

Muzik merupakan terapi yang sangat baik untuk merawat minda yang kusut. Malah penggunaan muzik juga digunakan untuk merawat masalah mental sejak zaman dulu kala lagi.

Misalnya pada zaman tamadun Islam, para pesakit mental era ini dirawat menggunakan terapi muzik dan kajian ke atas teks perubatan Yunani sudah menemukan saranan agar muzik dijadikan sebagai elemen terapi terhadap jasad dan jiwa manusia.

Namun hari ini GPSBestari bukanlah ingin bercakap tentang kelebihan alat muzik namun ingin berkongsi lima alat muzik tradisional yang ada di Malaysia.

Angklung

kredit wikipedia

Angklung adalah sebuah alat muzik yang dikategorikan dalam kumpulan Idiofon.Adalah dipercayai bahawa Angklung yang pertama dibuat di Banyumas, Indonesia beberapa abad dahulu.

Dua atau tiga batang buluh yang ditala pada satu perumah tertentu yang dipasang dipanggil “ancak” untuk membuat sebuah angklung. Angklung juga digunakan dalam ensembal muzik tarian Kuda Kepang di Johor.

Beduk

kredit wikipedia

Permukaannya diperbuat daripada kulit lembu. Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis alat gendang yang besar yang dipalu dengan pemalu yang dibalut dengan getah di bahagian kepalanya untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

Alat muzik ini sangat berguna untuk memaklumkan masuknya waktu sembahyang dan sebagai alat perhubungan dan memberitahu apa-apa berita seperti berlakunya kematian di dalam sesebuah kampung.

Gambus

kredit wikipedia

Gambus ialah sejenis alat muzik dalam kategori Kordofon. Badannya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka.Manakala leher gambus diperbuat daripada kayu pendek yang tidak mempunyai fret. Gambus banyak digunakan Untuk mempersembahkan tarian zapin di negeri Johor.

Masyarakat Melayu menggunakan gambus dalam persembahan ghazal di Johor.Selain itu,alat ini juga digunakan dalam lain-lain upacara seperti sambutan Maal Hijrah dan Maulud Nabi.

Geduk

kredit muzium negeri kelantan

Geduk adalah alat muzik yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis gendang dua muka berbentuk tong. Badannya diperbuat dari jenis kayu keras seperti kayu kayu nangka.Kedua-dua mukanya diperbuat daripada belulang lembu yang dipasak dengan kayu nibong.

Sepasang Geduk yang berlainan saiz digunakan dalam persembahan wayang kulit dan menora di Kelantan.Alat yang lebih besar dikenali sebagai Geduk Ibu dan satu lagi dipanggil Geduk Anak.

Gendang

Gendang adalah alat muzik yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia merupakan salah satu alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat Melayu.

Permukaannya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diregangkan menggunakan tali rotan ke atas baluh atau temalang kayu.Baluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka, atau merbau. Gendang biasanya dimainkan untuk mengiringi tarian, pencak silat dan acara yang lain.

Sebenarnya ada banyak lagi alat muzik tradisional Malaysia, cuba kongsikan alat muzik lain di ruangan komen di bawah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok