Anak-anak autisme lebih sesuai diberi pendedahan secara khusus sebagai persediaan untuk hari dewasa mereka. (Gambar hiasan)
Anak-anak autisme lebih sesuai diberi pendedahan secara khusus sebagai persediaan untuk hari dewasa mereka. (Gambar hiasan)

Didikan khusus buat anak autisme

Ilmu pelbagai sudut supaya mereka mampu berdikari kelak

AZLEENDA SAHALUDIN
18 Dec 2023 09:11am
A
A
A

Dalam mendepani cabaran dunia hari ini, pendidikan merupakan aspek utama yang wajib diterapkan dalam kalangan kanak-kanak secara adil dan saksama.

Ia meliputi semua aspek tanpa mengira perbezaan status kesihatan anak itu meskipun memerlukan kaedah pendekatan berlainan demi memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

Nur Fazira
Nur Fazira

Seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) swasta, Siti Nur Fazira Mustafa berkata, kaedah pendekatan berbeza dalam mendidik kanak-kanak khususnya yang menghidap autisme adalah dengan melatih dan meningkatkan perkembangan mereka.

“Kanak-kanak autisme berhak diberi pendidikan selayaknya walaupun ia agak berbeza dengan mereka yang lain.

“Bagi mereka yang istimewa ini, cara mudah menyampaikan ilmu adalah dengan menggunakan kaedah hands on (menggunakan bahan-bahan maujud atau yang boleh disentuh dan dipegang).

“Melalui kaedah ini, mereka akan dapat merasai dan melihat bahan tersebut melalui lima deria,” katanya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Bercerita tentang pengalamannya sebagai guru tadika, Nur Fazira memaklumkan, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang sudah mengesan anak-anak mempunyai simptom autisme daripada awal dan bertindak terus mendidik mereka dengan kaedah yang sepatutnya.

“Ia sedikit sebanyak membantu proses pembelajaran anak-anak autisme ini, lebih-lebih lagi sekiranya mereka dihantar ke sekolah khas.

“Kanak-kanak yang dilatih dari rumah tentang beberapa teknik pembelajaran akan memudahkan urusan kami (guru) kerana mereka lebih senang untuk memahami setiap arahan yang diberikan.

“Ia juga akan membantu mereka untuk lebih fokus dan mengurangkan tantrum yang sukar dikawal berlaku,” ujarnya.

Dalam dunia sendiri

Sementara itu, memetik perkongsian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), anak-anak autisme kebiasaannya hidup dalam dunia mereka sendiri.

Dengan keadaan tu, mereka memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar daripada para guru.

Di kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 18, terdapat tiga orang murid autisme yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan penglihatan telah mendapat pendidikan mengaji al-Quran, bacaan serta pergerakan dalam solat dan cara berwuduk.

“Biasanya anak-anak autisme ini, kaedah pengulangan digunakan lebih kerap berbanding murid biasa. Mereka mengambil masa sedikit untuk menerima pembelajaran kerana mudah hilang fokus.

“Bermula hari pertama belajar Kafa, langsung tak boleh bercakap dan berkomunikasi.

“Sekarang ada murid autisme yang sudah boleh membaca al-Quran serta menghafal surah pendek,” katanya.

Malah terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak menyangka anak mereka boleh membaca Iqra’, pandai menulis jawi dan menghafal surah al-Ikhlas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok