Tugu Galileo Galilei di Florence, Itali. Kredit foto: Pexels
Tugu Galileo Galilei di Florence, Itali. Kredit foto: Pexels

Kenali 5 ilmuwan yang berpengaruh besar dalam bidang Sains dan Teknologi

06 Oct 2023 06:22pm
A
A
A

Dunia moden seperti yang dapat dilihat pada hari ini adalah hasil usaha keras yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu terutamanya golongan ilmuwan yang bergelar saintis.

Para saintis zaman dahulu bertanggunjawab ke atas banyak kemudahan dan teklnologi yang masyarakat hari ini kecapi sehingga menjadikan kehidupan kita sekarang jauh lebih mudah dan maju.

Terdapat ramai saintis yang bertungkus lumus sepanjang hayat menjalankan pelbagai kajian dan eksperimen untuk mencipta sesuatu demi kebaikan serta kesejahteraan manusia sejagat.

Untuk itu, Sinar Bestari ingin kongsikan lima ilmuwan terulung yang telah mengubah dunia dan meninggalkan pengaruh yang besar dalam bidang Sains dan Teknologi.

Jom baca!

1) Alexander Graham Bell (Scotland)

Nama Alexander Graham Bell sudah cukup sinonim dengan penciptaan alat komunikasi terpenting dalam sejarah manusia iaitu telefon.

Namun begitu beliau juga mempunyai ciptaan dan jasa lain yang cukup besar kepada masyarakat dunia termasuk memajukan teknologi penerbangan pada zamannya.

Artikel Berkaitan:

Beliau dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada 3 Mac1847 sebelum meninggal dunia pada 2 Ogos 1922.

Biarpun dikenali sebagai pencipta telefon yang menggunakan sains bunyi (Science of Sound) sebagai teras utama, ibu dan isteri kepada Alexander Graham Bell penghidap penyakit saraf pendegaran yang membuatkan beliau berminat untuk menceburi dan menjalankan kajian mengenai teknologi komunikasi sekali gus membawanya ke penciptaan telefon.

2) Thomas Alva Edison (Amerika Syarikat)

Thomas Alva Edison merupakan antara individu yang mempunyai jasa besar kepada dunia moden pada masa kini.

Beliau merupakan tokoh sains yang membina makmal berskala industri pertama di dunia yang dikenali sebagai Wizard Menlo Park.

Dilahirkan pada 11 Februari 1847 di Milan, Ohio, Amerika Syarikat, sebanyak 1,093 buah reka cipta telah dipatenkan di bawah namanya sebelum beliau meninggal dunia pada 18 Oktober 1931.

Daripada keseluruhan jumlah itu, sejumlah 398 buah paten adalah untuk ciptaan berkaitan cahaya dan kuasa elektrik, 195 untuk fonogram, 150 untuk telegraf, 141 untuk bateri dan 34 buah lagi untuk teknologi telefon.

Sekitar 1875, Edison bekerja dengan syarikat Newark yang terletak di New Jersey sebagai seorang pereka cipta yang mereka cipta pelbagai peranti, mesin dan alat yang berkaitan dengan mesin telegraf.

Antara mesin yang dicipta oleh Edison ialah carbon transmitter, alat yang meningkatkan kemampuan dengar telefon dengan membolehkan telefon ketika itu menyalurkan bunyi pada nada yang lebih tinggi dan jelas daripada yang sedia ada.

3) Albert Einstein (Jerman)

Nama yang tidak lagi asing dalam bidangnya, Albert Einstein menemukan minatnya dalam bidang sains terutamanya fizik apabila dihadiahkan oleh ayahnya sebuah kompas.

Antara sumbangan terbesar Einstein kepada dunia adalah penemuan teori kerelatifan (Theory of Relativity).

Melalui teori tersebut, beliau telah membantu untuk merevolusikan pemahaman manusia terhadap angkasa lepas, masa, tarikan graviti dan juga hal berkaitan alam semesta.

Teori itu juga menjadikan beliau antara ahli fizik terulung dalam sejarah dunia sehingga kini.

Dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Jerman, beliau pernah menetap di negara-negara lain seperti Itali dan Switzerland sebelum akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat pada 1933.

Einstein mula menunjukkan minat terhadap fizik apabila beliau dihadiahkan ayahnya sebuah kompas dan kerana merasa kagum dengan cara kompas itu berfungsi, Einstein memutuskan untuk mengabadikan hayatnya dalam bidang tersebut.

Beliau meninggal dunia pada 18 April 1955.

Tugu Galileo Galilei di Florence, Itali. Kredit foto: Pexels
Tugu Galileo Galilei di Florence, Itali. Kredit foto: Pexels

4) Galileo Galilei (Itali)

Lebih dikenali sebagai Galileo, beliau merupakan ahli astronomi, falsafah dan seorang pakar dalam bidang matematik.

Jasa besar beliau kepada dunia adalah penciptaan teleskop yang khusus digunakan bagi tujuan astronomi seperti mengkaji bintang dan melihat keberadaan planet.

Galileo dilahirkan pada 15 Februari 1564 di Pisa, Itali dan meninggal dunia pada 8 Januari 1642.

Selain penciptaan teleskop astronomi, beliau juga mempunyai sumbangan yang cukup besar dalam dunia sains seperti menambah baik Teori Pergerakan (Theory of Motion).

5) Sir Isaac Newton (England)

Sir Isaac Newton adalah salah seorang saintis yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Beliau mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam bidang sains yang berbeza seperti fizik, matematik, astronomi dan juga kimia.

Isaac Newton adalah individu yang bertangungjawab menemukan teori Hukum Graviti (Law of Gravitation) serta antara ilmuwan yang terawal yang memulakan Revolusi Saintifik.

Penemuan beliau telah membantu serta mengubah cara manusia melihat serta memahami dunia di sekeliling.

Teori dan penemuan beliau juga terus kekal relevan dan diguna pakai dalam pelbagai bidang hingg ke hari ini.

Isaac Newton Dilahirkan pada 4 Januari 1643 di Woolsthorpe Manor House, United Kingdom dan meninggal dunia pada 31 March 1927.

Beliau diangkat sebagai tokoh yang penting dalam merevolusikan serta membawa Eropah daripada Zaman Renaisans dan Zaman Reformasi beralih ke Zaman Pencerahan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok