app-tips-google-docs-00-hero (1)
app-tips-google-docs-00-hero (1)

Fungsi-fungsi menarik di Google Docs yang mungkin anda tidak tahu

Mohd Khairi Mohamad Yusri
22 Oct 2021 11:21am
A
A
A

Apakah aplikasi yang selalu anda gunakan untuk membuat kerja-kerja menulis?

Sinar Bestari pasti ramai yang akan menjawab Microsoft Word. Ia sememangnya boleh di jangka kerana Microsoft Office merupakan sebuah aplikasi untuk membuat kerja yang paling terkenal di dunia.

Namun, terdapat lagi aplikasi lain yang agak terkenal serta mempunyai banyak fungsi iaitu Google Docs. Ia dilancarkan pada Oktober 2006 oleh Writely, sebuah syarikat di bawah Google.

Apa yang paling menarik mengenai aplikasi ini adalah kebolehannya untuk melakukan penyuntingan oleh ramai pengguna secara serentak.

Namun, terdapat banyak lagi fungsi yang ditawarkan serta sangat membantu pengguna. Untuk itu, kami akan menyenaraikan di bawah fungsi-fungsi menarik yang ditawarkan oleh Google Docs.

1. Buat dokumen baru dengan cepat

Hanya perlu tapi doc.new dan tekan butang Enter di bar pencarian browser, kemudian sebuah fail Google Doc akan membuka sebuah dokumen di Google Doc.

2. Discuss dan edit

‘Highlight’ ayat-ayat yang diingini, kemudian pergi ke tab insert > Comment, dan masukkan input yang diinginkan di situ. Sistem komen ini amat berguna untuk memberikan penerangan lanjut tanpa mengubah teks asal.

3. Akses kepada ‘document history’

Di Google Doc juga, pengguna boleh melihat apa-apa perubahan yang pernah dilakukan. Hanya pergi ke File > Version History > See Version History. Anda juga boleh memilih untuk menamakan versi fail dengan lebih spesifik, hanya pergi ke File > Version History > Name Current Version.

4. Sunting fail Microsoft Word

Dalam edisi awal Google Docs, format Microsoft Word perlu ditukar terlebih dahulu sebelum dapat dibaca di Google Docs.

Namun kini tidak lagi, ia boleh dibuka secara terus tanpa perlu ditukar format. Perkara ini amat memudahkan jika fail tersebut hendak dibuka di Microsoft Word semula.

5. Masukan smart chips “@”

Tekan kekunci @ dalam Google Docs untuk membawa senarai dinamik yang meliputi orang, tempat, fail, tarikh atau kumpulan. Pilih mana-mana item yang dipaparkan untuk membuat apa yang dipanggil Google smart chips. Setiap cip pintar tersebut akan menyambungkan fail-fail dari luar ke dalam dokumen, seperti maklumat tambahan tentang seseorang, atau pautan langsung ke fail pemacu atau jadual yang ada di kalendar.

6. Semak ejaan dan tatabahasa.

Jika tidak diaktifkan secara automatik, anda boleh pergi ke Tools, dan pilih Spelling And Grammar, kemudian pastikan kedua-dua Show Spelling Suggestions dan Show Grammar Suggestions ditandakan.

Kedua-dua ciri ini memberitahu dan menanda kesalahan sederhana dan sukar yang ada dalam ayat.

7. Buat perbandingan antara dua dokumen.

Google Docs boleh menunjukkan perbezaan anda dua dokumen dengan mudah. Untuk melakukan perkara ini, pilih Tools > Compare Documents, kemudian pilih Doc yang lain.

Akan terbuka dokumen ketiga yang baru sahaja dibuat, di situ semua perbezaan yang ada akan di highlight secara automatik.

8. Siarkan ke Internet.

Anda juga boleh mengubah Dokumen Google menjadi sebuah dokumen web yang diterbitkan dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Hanya perlu pergi ke File> Publish To The Web. jangan terkeliru fungsi ini dengan fungsi ‘Share’, kerana pengguna yang membuka fail menggunakan pautan yang disediakan daripada ‘Publish To The Web’ hanya boleh melihat dokumen tersebut tanpa kebolehan untuk membuat perubahan padanya.

9. Lakukan penyuntingan di mana-mana sahaja.

Semua ciri-ciri Google Docs sememangnya dapat diakses secara penuh menggunakan Chrome.

Pastinya anda pernah berada di situasi yang memerlukan satu suntingan pantas perlu dilakukan. Dengan Google Docs, walaupun kebanyakan ciri-cirinya hanya dapat diakses secara penuh menggunakan browser di komputer, anda juga boleh melakukan penyuntingan pantas menggunakan aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS.

Paling menarik, aplikasi-aplikasi ini juga dapat berfungsi tanpa sambungan internet, dan semua suntingan yang dilakukan semasa waktu tersebut akan diselaraskan semula sebaik sahaja telefon mendapat sambungan internet.

Semoga perkongsian ini membantu.

Source: Techrepublic.com

Artikel berkaitan

Pensyarah hasilkan inovasi aiskrim misai kucing rendah kalori

8 makanan sunah yang perlu diamalkan

UMT terima HPLC, tawar perkhidmatan uji ketulenan madu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok